keburukan
KEBURUKAN / KELEMAHAN
setiap kebaikan sudah tentunya mempunyai keburukan. berikut merupakan keburukan penggunaan peta minda.
1. membuang masa
hal ini kerana, mereka perlu menganalisis terlebih dahulu isi-isi penting sesebuah topik. kemudian mereka perlu memikirkan bentuk lakaran bagi membina peta minda. lakaran peta minda sekurang-kurangnya 2/3 kali dilakukan supaya si pembuat berpuas hati dan mudanya baginya memahami.
2. tidak boleh dikongsi
peta minda yang dibuat jarang dikongsi bersama kerana kata kunci yang terdapat padanya hanya difahami oleh pembuatnya sahaja. sebab itulah peta minda ini lebih kepada bersifat peribadi dan disimpan untuk kegunaan peribadi.
3. mudah hilang
peta minda sering dibawa kemana-mana dan kebiasaannya pelajar membuat peta minda di atas kertas. ini menyebabkan oeta minda tersebut senang hilang ditiup angin, rosak apabila jatuh kedalam air dan hancur kerana dimasukkan ke dalam mesin basuh. ini kerana, pembuatnya yang sering menyimpan di dalam poket dan lupa untuk mengeluarkannya. tetapi ianya akan kekal selamat jika disimpan di dalam komputer/komputer riba/telefon bimbit.
Comments
Post a Comment